PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Pahang menerima sumbangan dari 10 syarikat berkaitan kerajaan negeri (S-GLC) dan badan berkanun secara langsung berjumlah RM229.945 juta, manakala secara tidak langsung berjumlah RM61.023 juta. Sumbangan berkenaan sekali gus menunjukkan peningkatan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM291.76 juta pada tahun ini, meningkat RM27.97 juta berbanding tahun lalu. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penerimaan tersebut sekali gus menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk membantu…