Banduan mahu sambung pendidikan universiti ditempatkan di Penjara Bentong

Banduan mahu sambung pendidikan universiti ditempatkan di Penjara Bentong

AHMAD Zahid Hamidi pada forum Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam sempena program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku di Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Banduan atas kesalahan jenayah kolar putih yang berpotensi dan ingin menyambung pendidikan ke peringkat universiti akan ditempatkan di Penjara Bentong, Pahang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika terdapat ruang jelas untuk memberi peluang kedua, kerajaan sudah tentu akan membantu banduan berkenaan berkenaan menyambung pelajar.

Ahmad Zahid berkata, ketika beliau bergelar Menteri Dalam Negeri sebelum ini, ada tiga orang banduan mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah, 12 calon ijazah sarjana, 137 calon ijazah sarjana muda, 300 calon diploma dan ratusan calon bagi program lain.

“Dalam konteks ini, saya tidak pernah menjadikan kesalahan lampau sebagai benchmark untuk menolak permohonan pelajar.

“Jika ada ruang yang jelas untuk memberi peluang kedua, saya akan cuba bantu supaya mereka dapat memasuki universiti.

“Jika ada sebarang keraguan, beritahu saya. Saya akan minta pihak yang berkaitan meneliti perkara itu dengan lebih mendalam dan memberi laluan kepada mereka yang layak untuk meneruskan pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam sempena program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkongsikan perkara itu bagi menjawab soalan dikemukakan audien mengenai masa depan pesalah terutama penuntut universiti yang ingin melanjutkan pelajaran jika berada di penjara.

Katanya lagi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail juga boleh mengesahkan mengenai cadangan kerajaan itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN