PETALING JAYA: Angkatan Muda Harapan (AMH) menggesa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berundur secara terhormat susulan pergolakan dalaman yang semakin meruncing dalam Perikatan Nasional (PN). Ketua Penerangannya, Ammar Atan berkata, perbalahan secara terbuka antara parti komponen PN jelas menunjukkan gabungan pembangkang itu memerlukan kepimpinan baharu. Katanya, kelemahan blok pembangkang ketika ini hanya akan menjejaskan kelangsungan sistem demokrasi negara. “Sehingga kini, Pas masih keberatan menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana…