Marquez tiru gaya Messi ketika juarai GP San Marino

Marquez tiru gaya Messi ketika juarai GP San Marino

Pelumba MotoGP Sepanyol Ducati Lenovo Team, Marc Marquez memegang sut perlumbaannya ketika meraikan kemenangannya di atas podium pada penghujung Grand Prix (GP) Moto GP San Marino di Litar Dunia Misano Marco Simoncelli, di Misano Adriatico, Itali, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MISANO: Marc Marquez meraikan kemenangan di Grand Prix (GP) San Marino dengan gaya unik apabila meniru aksi ikonik Lionel Messi di Santiago Bernabeu pada 2017.

Pelumba Ducati itu menanggalkan sut perlumbaan dan mengangkatnya ke arah penonton di podium Misano Adriatico selepas mencatat kemenangan penting, sekali gus hampir mengesahkan gelaran dunia ketujuh MotoGP.

“Messi lakukannya di Bernabeu dan hari ini saya rasa tekanan daripada kesilapan semalam, saya rasa ini masa terbaik untuk menebusnya buat Ducati kerana ia GP yang sangat penting.

“Saya menikmatinya dan ini cara terbaik untuk membalas, menang perlumbaan dan kembali dengan keyakinan tinggi,” kata Marquez.

Pelumba berusia 32 tahun itu mengakui sambutan luar biasa tersebut telah dirancang sejak malam sebelumnya, bergantung kepada sama ada beliau berjaya menjuarai perlumbaan.

Marquez mengatasi cabaran Marco Bezzecchi untuk muncul juara sekali gus melonjakkan kutipan mata kepada rekod baharu 512 mata musim ini.

Kini, Marquez hanya perlu menambah tiga mata berbanding adiknya, Alex Marquez di GP Jepun bagi menyamai tujuh gelaran dunia milik legenda, Valentino Rossi.

Kemenangan di Misano bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Marquez, malah membuktikan dirinya masih pelumba terhebat era moden MotoGP. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN