Marquez akui diri sendiri musuh terbesarnya

Marquez akui diri sendiri musuh terbesarnya

MARC MARQUEZ - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOTEGI: Juara dunia MotoGP, Marc Marquez mendedahkan pertarungan paling sukar yang dihadapinya sepanjang lima tahun lalu adalah menentang dirinya sendiri ekoran kecederaan serius pada tangan yang dialaminya pada 2020.

Marquez mengharungi kemarau kejuaraan berpanjanga bukan sahaja disebabkan kecederaannya malah jentera Honda sudah lagi tidak kompetitif sekali gus menghakis keyakinannya sebelum membuat keputusan mengejut menyertai Ducati pada 2024.

“Saya rasa satu perasaan yang sangat pelik. Saya menikmatinya sudah tentu tetapi pada masa yang sama saya tidak menikmatinya. Saya hanya rasa tenang dengan diri saya sendiri.

“Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini saya melawan banyak perkara.

“Tetapi perkara paling sukar adalah melawan Marc, ia adalah Marc melawan Marc. Ada satu Marc yang berkata ke satu arah dan satu lagi Marc berkata ke arah lain.

“Satu Marc berkata berhenti, satu lagi Marc berkata teruskan tetapi akhirnya, saya cuba ikut naluri saya, memberikan 100 peratus, tidak pernah berputus asa dan terus mencuba.

“Inilah perkataannya, cuba. Cuba untuk lakukannya. Kami berjaya tapi sekarang, hanya mahu menikmati saat ini. Saya tak mahu ingat apa yang telah saya lalui. Saya hanya mahu nikmati saat ini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN