Malaysia benam Singapura 2-1 di SNBJ

Malaysia benam Singapura 2-1 di SNBJ

PEMAIN Harimau Malaya, Stuart Wilkin(dua dari kanan) meraikan jaringan pertama negara ketika menentang Singapura pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil(SNBJ) sebentar tadi-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya meneruskan rentak cemerlang apabila berjaya menundukkan Singapura 2-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.

Gol pembukaan hadir pada minit ke-26 menerusi Stuart Wilkin yang menyempurnakan hantaran kemas Endrick Dos, sekali gus menghadiahkan kelegaan buat ribuan penyokong tuan rumah.

Memasuki babak kedua, skuad kendalian Hector Bidoglio terus menekan dan berjaya menggandakan kedudukan apabila Joao Figuerido menolak masuk bola hantaran lintang Wilkin pada minit ke-54.

Singapura yang ketinggalan dua gol tidak berputus asa dan akhirnya merapatkan jurang hasil rembatan deras Ilhan Fandi dari luar kotak penalti pada minit ke-72 yang menewaskan penjaga gol Haziq Nadzli.

Bagaimanapun, disiplin benteng Malaysia kekal utuh hingga wisel penamat sekali gus memastikan kemenangan 2-1 berpihak kepada skuad Harimau Malaya.

Kemenangan ini pastinya menjadi suntikan moral penting menjelang satu lagi aksi persahabatan menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim(SSI) Isnin ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN