Ada sebab tidak maklum Muhyiddin pertemuan Bangkok

Ada sebab tidak maklum Muhyiddin pertemuan Bangkok

HAMZAH Zainudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Bangkok, Thailand dibuat atas pertimbangan strategik dan keperluan pihak berkepentingan.

Hamzah berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk keselesaan dan kehendak pihak terlibat.

Katanya, sehubungan itu ia tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kadang-kadang, apabila menjadi Ketua Pembangkang, kita tidak boleh hanya memikirkan diri sendiri tetapi perlu mengambil kira pihak yang ingin kita temui. Mereka juga mempunyai kumpulan dan kepentingan tersendiri,” katanya ketika wawancara khas bersama beberapa organisasi media di sini, kelmarin.

Sebelum ini, Muhyiddin memberitahu mempunyai bukti pertemuan antara Hamzah dan Ahmad Zahid, kemudiannya perkara itu disahkan Timbalan Perdana Menteri tersebut yang antara lain bagi membincangkan mengenai isu penyatuan Melayu dan Islam.

Hamzah berkata, isu lokasi pertemuan sama ada dalam atau luar negara bukan isu utama kerana apa yang lebih penting ialah kesediaan semua pihak untuk hadir dan berbincang secara terbuka.

“Dalam hal ini, kita perlu bersikap adil kepada semua. Saya boleh mengadakan pertemuan di mana-mana sahaja, tetapi individu yang ditemui mungkin mempunyai pandangan tersendiri mengenai tempat yang sesuai,” katanya. 

Hamzah juga ditanya adakah kemelut dalaman Bersatu sebelum ini sudah dinyatakan secara jelas kepada Muhyiddin atau dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

“Ini yang orang selalu kata, tindakan lebih bermakna daripada kata-kata. Saya sudah lakukan pelbagai perkara. Sebagai Setiausaha Agung, saya berkorban untuk parti. Saya bukan hanya bawa diri tetapi banyak ahli dalam parti. 

“Sebab itu bila dipecat, kebanyakan daripada mereka mahu mengikut saya, mungkin kerana lebih selesa. Itu bezanya, sebagai ahli pasukan, anda akan fikirkan keseluruhan pasukan berbanding diri sendiri,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN