Magis terakhir Messi di Buenos Aires

Magis terakhir Messi di Buenos Aires

Penyerang Argentina, Lionel Messi (kiri( dan pemain tengah Venezuela Leonardo Flores berebut bola semasa perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 Amerika Selatan antara Argentina dan Venezuela di stadium Mas Monumental di Buenos Aires, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Lionel Messi meledak dua gol penuh emosi ketika membantu Argentina menewaskan Venezuela 3-0 pada aksi kelayakan terakhir di laman sendiri awal pagi tadi.

Jaringan pada minit ke-39 dan 80 itu diraikan bersama 80,000 penyokong di Stadium Mas Monumental yang jelas mahu mengabadikan memori terakhir kelayakan di depan legenda mereka.

Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni mengakui beliau sudah merancang untuk merehatkan Messi pada perlawanan menentang Ecuador minggu depan.

“Dia berusaha terlalu keras dan layak berehat serta bersama keluarga.

“Messi sangat letih, dia patut dikeluarkan, tetapi dia enggan kerana emosi perlawanan ini begitu luar biasa,” kata Scaloni.

Di Montevideo, Uruguay turut mengesahkan tiket ke Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico selepas membenam Peru 3-0 dengan jaringan Rodrigo Aguirre, Giorgian de Arrascaeta dan Federico Vinas.

Colombia pula tidak berdepan masalah menundukkan Bolivia 3-0 hasil sumbangan James Rodriguez, Jhon Cordoba serta Juan Fernando Quintero.

Paraguay melengkapkan senarai pasukan yang mara apabila seri tanpa jaringan menentang Ecuador sekali gus kembali ke pentas Piala Dunia selepas kali terakhir pada 2010. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN