KUALA LUMPUR: Kepimpinan wanita kini dilihat sebagai kunci kepada tadbir urus yang berkesan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan ASEAN. Presiden Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN ke-46 (AIPA GA) 2025, Tan Sri Datuk Dr. Johari Abdul berkata, penglibatan wanita dalam politik dan tadbir urus tidak boleh dipandang remeh supaya pentadbiran kekal inklusif, berdaya tahan dan berwawasan. Katanya, golongan wanita mesti dilibatkan sepenuhnya dalam menentukan hala tuju dan keputusan berkaitan transformasi…









