Kami ada perancangan tersendiri - Norris

Kami ada perancangan tersendiri – Norris

LANDO NORRIS - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONZA: Pelumba McLaren, Lando Norris mempertahankan arahan kontroversi daripada pasukannya apabila dia dan rakan sepasukannya, Oscar Piastri bertukar kedudukan ketika beraksi di Grand Prix (GP) Itali, minggu lalu.

McLaren mengarahkan Piastri menyerahkan tempat keduanya kepada Norris selepas pelumba Britain itu, yang memegang kedudukan tersebut hampir sepanjang perlumbaan, jatuh di belakang rakannya itu disebabkan masalah pistol roda ketika melakukan hentian pit.

Piastri akur walaupun pada mulanya mempersoalkan arahan tersebut dan kedua-dua mereka berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga di belakang Max Verstappen dari Red Bull.

Norris segera menepis kritikan terhadap pertukaran kedudukan tersebut selepas dia dan Piastri berdepan pelbagai soalan mengenai isu tersebut dalam sidang media selepas perlumbaan.

“Kami bukan bodoh dan kami ada rancangan untuk pelbagai situasi. Jika terdapat empat kereta di antara saya dan Oscar, sudah tentu dia tidak akan membiarkan saya memotongnya semula dan saya juga tidak fikir adalah betul untuk dia berbuat demikian.

“Tetapi dalam situasi di mana kami tidak berlumba secara langsung, dalam situasi di mana kami boleh berlaku adil, maka anda mengharapkan keadilan sebagai satu pasukan. 

“Mereka tidak mahu menjadi punca untuk mengecewakan mana-mana pemandu tanpa sebarang kesalahan daripada pihak mereka sendiri,” kata Norris.

Sementara itu, Piastri menegaskan dia tidak menyesal mengikuti arahan itu walaupun pada akhirnya Norris kini ketinggalan 31 mata di tempat kedua di belakangnya dalam senarai kejuaraan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN