AS, Israel serang Iran: Kerajaan teliti impak ekonomi kepada negara

AS, Israel serang Iran: Kerajaan teliti impak ekonomi kepada negara

AKMAL Nasrullah Mohd Nasir (dua kanan) menyampaikan barangan keperluan dapur pada program Kempen Seorang Sekampit Beras  (KSSB) Kali Ke- 20 Tahun 2026 di Dewan Projek Perumahan Rakyat Rumah (PPRT) Sri Stulang , Johor Bahru hari ini. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan akan meneliti secara menyeluruh kesan ekonomi tempatan susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, pihaknya bagaimanapun sedang menunggu kenyataan rasmi berhubung perkembangan tersebut, termasuk pendirian yang akan dikeluarkan oleh Wisma Putra.

Beliau berkata, terdapat beberapa perkara utama yang perlu diteliti termasuk hubungan langsung Malaysia dengan Iran serta kesan ketegangan geopolitik terhadap ekonomi global.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cabaran utama ekonomi pada tahun 2026 adalah faktor geopolitik. Namun, masih terlalu awal untuk membuat telahan mengenai sejauh mana gangguan tersebut akan menjejaskan ekosistem ekonomi dunia.

“Antara perkara yang akan dinilai ialah soal pengeluaran petroleum dan gas kerana Iran memainkan peranan penting dalam pengeluaran tenaga di peringkat rantau dan dunia,” katanya selepas menyempurnakan Kempen Seorang Sekampit Beras di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang, di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ketegangan itu dihentikan segera kerana ia boleh membawa Asia Barat terjerumus ke dalam malapetaka.

Tambah Akmal Nasrullah yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, Malaysia tidak boleh ambil mudah sebarang gangguan terhadap ekonomi dunia, pada masa sama terus memperkukuh daya tahan ekonomi domestik sekiranya berlaku krisis antarabangsa.

Mengulas kemungkinan berlaku kenaikan harga minyak dan gas di pasaran dunia, beliau berkata, perkara itu bergantung kepada mekanisme pasaran serta keputusan pengeluar utama minyak.

“Pengeluar-pengeluar utama mempunyai mekanisme tertentu dalam menguruskan soal pengeluaran dan harga. Malaysia juga terlibat dalam beberapa mekanisme tersebut.

“Perkembangan itu akan menjadi antara panduan bagaimana pasaran global menguruskan isu pengeluaran dan harga minyak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini