Justin robek benteng China

Justin robek benteng China

Justin Hoh menewaskan pemain China, Wang Zheng Xing 21-6, 21-19 pada aksi Terbuka Korea di Gimnasium Suwon hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh mencipta kejutan besar apabila menyingkirkan wakil China, Wang Zheng Xing pada pusingan pertama Terbuka Korea hari ini.

Pemain ranking ke-37 dunia itu mengejutkan lawan di kedudukan ke-19 dunia dengan kemenangan 21-6, 21-19 dalam aksi yang berlangsung di Gimnasium Suwon.

Kejayaan itu menyaksikan Justin bakal berdepan ujian getir menentang pilihan kedua kejohanan dari Denmark, Anders Antonsen atau pemain tuan rumah, Yoo Tae Bin pada pusingan kedua esok.

Namun, nasib berbeza menimpa rakan sepasukan, Leong Jun Hao yang terpaksa akur dengan kekalahan di tangan pemain Indonesia, Alwi Farhan.

Jun Hao yang menghuni ranking ke-20 dunia tumpas 19-21, 24-26 kepada pemain ranking ke-21 dunia itu dalam pertarungan sengit.

Dalam acara wanita pula, K. Letshanaa tidak mampu menyaingi kehebatan pemain No. 1 dunia dari Korea Selatan, An Se Young apabila tunduk 14-21, 9-21 dalam masa hanya 36 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN