Jun Hao kejutkan Anthony

Jun Hao kejutkan Anthony

Leong Jun Hao menewaskan pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting 21-19, 5-21, 21-10 pada aksi pusingan pertama China Master di Shenzen Arena hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Pemain perseorangan utama negara, Leong Jun Hao mencipta kejutan besar apabila menyingkirkan bintang Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting pada aksi pusingan pertama China Masters di Shenzhen Arena, hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu berjuang habis-habisan sebelum menundukkan bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu 21-19, 5-21, 21-10 dalam tempoh 54 minit penuh dramatik.

Kejayaan ini lebih manis apabila Jun Hao memadam rekod pertemuan lalu yang menyaksikan dia tewas dua kali dalam tiga pertemuan menentang Anthony.

Bagaimanapun, tugas lebih sukar menantinya pada pusingan kedua apabila bakal bertemu pilihan keempat kejohanan dari China, Li Shi Feng, esok.

Turut menceriakan kem negara, beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin melakar kemenangan meyakinkan 21-6, 21-14 ke atas pasangan Indonesia, Adnan Maulana-Indah Cahya Sari Jamil.

Namun, mereka berdepan cabaran getir seterusnya apabila perlu menentang gandingan No.2 dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang baru menjuarai Terbuka Hong Kong, minggu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN