Letak jawatan atau tidak? Akmal jawab dalam PAU minggu depan

Letak jawatan atau tidak? Akmal jawab dalam PAU minggu depan

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Persoalan sama ada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh melepaskan jawatannya atau tidak dijangka hanya akan terjawab pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang berlangsung minggu depan.

Muhamad Akmal berkata, platform tertinggi parti itu bakal digunakan untuk menjelaskan pendirian rasmi berhubung kedudukannya termasuk khabar angin isu peletakan semua jawatan disandangnya.

“Saya akan maklumkan keputusan dalam PAU minggu depan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Muhamad Akmal berkata, beliau memerlukan sedikit ruang untuk menyelesaikan beberapa agenda penting parti sebelum memuktamadkan sebarang keputusan.

“Bagi saya selesaikan dahulu PAU, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan pertemuan dengan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dalam tempoh ini,” katanya.

Difahamkan, Muhamad Akmal dalam perjalanan ke Sabah selepas tiba dari Shanghai, China. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×