Juara dunia buka langkah kanan

Juara dunia buka langkah kanan

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan berdepan Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran di final China Masters hari ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gandingan campuran utama negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei membuka kempen China Masters dengan langkah penuh bergaya selepas menyingkirkan lawan dari Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi.

Pasangan yang baru sahaja dinobatkan juara dunia bulan lalu itu hanya memerlukan 33 minit untuk menundukkan Chen Hi Yi–Francesca Corbett 21-12, 21-14 di Shenzhen Arena.

Kemenangan itu sekali gus menjadi penampilan sulung sempurna buat Tang Jie–Ee Wei selepas kejayaan bersejarah mereka di Paris, Ogos lalu.

Mereka bakal berdepan pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah–Felisha Pasaribu pada pusingan kedua esok yang dijangka lebih mencabar.

Tahun lalu, beregu No.3 dunia itu sekadar mara ke separuh akhir, namun kali ini hadir dengan keyakinan selaku juara dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN