IJN: Sakit jantung pembunuh nombor satu

IJN: Sakit jantung pembunuh nombor satu

AKMAL Arief Mohamed Fauzi (tengah) sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2025 di The Curve Mutiara Damansara, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyakit jantung yang kini dikenal pasti sebagai pembunuh senyap nombor satu negara mampu dicegah menerusi langkah bijak dengan memilih gaya hidup yang lebih sihat.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Akmal Arief Mohamed Fauzi berkata, kesedaran awam dan amalan gaya hidup sihat amat penting dalam mengurangkan kematian akibat penyakit kardiovaskular itu.

“Penyakit jantung masih merupakan pembunuh utama di Malaysia dan juga di rantau Asia Tenggara.

“Sebagai sebuah institusi yang berkait rapat dengan jantung, peranan kami bukan sekadar menyediakan rawatan terbaik, malah aspek pendidikan dan langkah pencegahan juga sama penting,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi menggalakkan kesedaran orang ramai, IJN telah mengadakan program pemeriksaan jantung percuma sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2025 di The Curve Mutiara Damansara bermula 24 September sehingga 28 September.

Lebih 1,000 pengunjung hadir dalam program bertemakan ‘It’s Not Just a game, It’s About Your Heart,” itu.

Pengunjung berpeluang menjalani pemeriksaan Electrocardiogram (ECG) dan Echocardiogram (ECHO) secara percuma dengan bimbingan pakar IJN menerusi program berkenaan.

Selain itu, pengunjung turut diberi tunjuk ajar demonstrasi CPR, cabaran kecergasan, Zumba dan Red Light Green Light serta pertandingan memasak sihat melali Wholesome Meal Challange. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN