BATU PAHAT: Gara-gara gelap mata dengan tawaran keuntungan berlipat ganda, seorang wanita terpaksa berputih mata apabila wang RM571,242 yang dilaburkannya lesap selepas terjebak dengan pelaburan tidak wujud di media sosial. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa berusia 55 tahun itu mula berurusan dengan suspek yang tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp selepas tertarik dengan tawaran pulangan keuntungan tinggi yang diiklankan pada 16 Mac 2024.…