FAM tunggu keputusan penuh FIFA sebelum kemuka rayuan

FAM tunggu keputusan penuh FIFA sebelum kemuka rayuan

NOOR Azman Rahman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan pihaknya sedang menunggu keputusan penghakiman penuh daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum mengambil langkah mengemukakan rayuan rasmi.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, proses tersebut akan dilakukan mengikut saluran serta lunas undang-undang yang ditetapkan oleh badan induk bola sepak dunia itu.

“FAM ingin menegaskan bahawa kami komited untuk menyelesaikan isu ini secara profesional. Namun, kami terlebih dahulu perlu meneliti butiran penuh penghakiman sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, hasil semakan dalaman mendapati terdapat kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran.

Katanya, perkara itu telah dikenal pasti dan diberi perhatian serius oleh pihak FAM.

“Walau bagaimanapun FAM ingin menegaskan bahawa para pemain warisan yang terlibat adalah rakyat Malaysia yang sah,” jelasnya.

FAM turut menghormati proses siasatan serta keputusan FIFA, namun tetap berpegang kepada hak untuk mengemukakan rayuan bagi memastikan keadilan terjamin buat badan induk bola sepak negara dan tujuh pemain yang turut dihukum.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN