Duplantis intai rekod baharu 6.30m di Tokyo

Duplantis intai rekod baharu 6.30m di Tokyo

Atlet Sweden, Armand Duplantis bersaing dalam kelayakan lompat bergalah lelaki semasa Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Raja lompat bergalah dunia, Armand Duplantis sekali lagi menjadi tumpuan apabila turun memburu emas pada aksi final Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo, esok.

Jaguh Sweden berusia 25 tahun itu sudah memecahkan 13 rekod dunia sejak bergelar profesional dan kini mengintai peluang mencipta catatan baharu.

Duplantis mengakui saingan daripada atlet Greece, Emmanouil Karalis cukup mencabar selepas melihat prestasi luar biasa yang ditampilkan.

“Emmanouil sedang melompat dengan cukup luar biasa sekarang, perkembangannya sungguh menakjubkan.

“Saya perlu benar-benar berada pada tahap terbaik Isnin ini kerana saya tahu dia akan menekan saya, jadi saya perlukan prestasi kelas dunia tetapi saya sudah bersedia,” kata Duplantis.

Duplantis juga memberi isyarat bahawa cubaan untuk memecah rekod dunia sekali lagi mungkin berlaku di Tokyo.

“Saya tipu kalau kata fikiran saya tidak terbayang angka 6.30 meter, saya fikir ianya sangat mungkin berlaku,” ujarnya.

Dalam pada itu, saingan terdekatnya, Karalis yang sedang berada pada prestasi terbaik mengakui mahu sama-sama melonjakkan tahap sukan itu.

“Saya cuba menolak Duplantis setinggi yang dia boleh pergi, dan begitu juga untuk diri saya,” kata Karalis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN