Dua MB kekal AJK, Mohd. Shukri tewas AJK

Dua MB kekal AJK, Mohd. Shukri tewas AJK

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (tengah) bersama Ahmad Fadhli Shaari (kiri) pada hari terakhir Muktamar Pas Tahunan Kali Ke-71 di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat bagi sesi 2025-2027 menyaksikan dua Menteri Besar iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud masing-masing dari Kedah dan Kelantan kekal manakala seorang rakan sejawat mereka dari Perlis, Mohd. Sukri Ramli tewas.

Muhammad Sanusi yang mendapat 1,062 undi berada di kedudukan kedua manakala Mohd. Nassuruddin Daud di senarai keenam setelah memperoleh 897 undi.

Cubaan Mohd. Sukri untuk berada dalam senarai tidak berjaya apabila tewas dalam pemilihan kali ini sebaliknya dilantik sebagai AJK lantikan dan beliau pernah gagal merebut jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan Arau pada Jun lalu.

Bagaimanapun, Perlis masih mempunyai wakil apabila Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang muncul muka baharu dalam barisan AJK Pas apabila menang dengan 717 undi.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadli Shaari menduduki senarai pertama pemilihan AJK Pusat dengan 1,096 undi manakala muka baharu, Dr. Haim Hilman Abdullah yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah di tangga ketiga iaitu 1,028 undi.

Ahli Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kembali berada dalam senarai apabila mendapat 713 undi.

Selain itu, Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga anak Presiden Pas turut mengekalkan jawatannya dengan 1,018 undi.

Selain itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohd. Fadzli Hassan dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim manakala dua lagi melengkapkan pemilihan 18 AJK Pas Pusat ialah Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md. Nawi dan bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Sementara itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan 11 AJK lantikan antaranya Mohd. Shukri; bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, ADUN Semanggol, Razman Zakaria serta mengekalkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung, manakala Iskandar sebagai Bendahari.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×