'DinFei' tamat badi kalah awal

‘DinFei’ tamat badi kalah awal

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menewaskan pasangan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 21-16, 22-20 pada aksi pusingan kedua China Masters di Shenzen Arena hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu profesional lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kembali menemui rentak apabila mara ke suku akhir China Masters hari ini, sekali gus menamatkan penantian sejak Julai lalu selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu.

Pasangan No. 3 dunia itu menewaskan gandingan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan menerusi kemenangan straight set 21-16, 22-20 dalam masa 35 minit pada aksi pusingan kedua di Shenzen Arena, semalam.

Lebih manis, kemenangan itu membolehkan Sze Fei-Izzuddin menuntut semula dendam selepas pasangan Taiwan berkenaan menyingkirkan mereka di pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu.

Gandingan negara itu seterusnya bakal berdepan cabaran lebih getir menentang sama ada juara Terbuka Hong Kong minggu lalu dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang atau beregu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri pada aksi suku akhir esok.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama juara Terbuka China 2024 itu mara ke kelompok lapan terbaik sejak muncul naib juara Terbuka Jepun 2025 pada Julai lalu.

Selepas kejayaan di Tokyo, mereka berdepan episod sukar apabila sering terkandas di pusingan kedua selain gagal mempertahankan gelaran Terbuka China Julai lalu apabila tumbang pada aksi pembukaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN