Cheong Min sumbang emas pertama buat Malaysia

Cheong Min sumbang emas pertama buat Malaysia

Tan Cheong Min (dua dari kanan) meraih pingat emas dalam acara nanquan kategori dewasa dengan kutipan 9.703 mata pada Kejohanan Wushu Wanita ASEAN-China 2025 di Seremban, Negeri Sembilan hari ini. - IHSAN FB MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ratu wushu negara, Tan Cheong Min menghadiahkan kilauan emas pertama buat kontinjen tuan rumah pada Kejohanan Wushu Wanita ASEAN-China 2025 edisi sulung yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.

Atlet berusia 26 tahun itu unggul dalam acara nanquan kategori dewasa selepas mempersembahkan rutin bertenaga untuk mengutip 9.703 mata, sekali gus menewaskan wakil China, Fu Zhenli yang sekadar meraih 9.680 mata.

Selain emas, skuad wushu negara turut menambah koleksi pingat menerusi Pang Pui Yee yang meraih perak dalam acara changquan kategori dewasa dengan catatan 9.750 mata, hanya dibezakan tipis di belakang juara, Xu dari China.

Dalam disiplin taijiquan, dua wakil negara turut mempamerkan aksi membanggakan apabila Sydney Chin meraih perak dengan 9.773 mata, manakala Mandy Cebelle Chen menyumbang gangsa selepas mengutip 9.750 mata.

Gelaran juara acara itu menjadi milik atlet Singapura, Law Zeanne Zhi Ning yang mengutip 9.790 mata untuk mengatasi dua wakil negara tersebut.

Kem Malaysia turut bersinar dalam kategori remaja apabila Amber Tan menghadiahkan gangsa dalam acara changquan dengan 9.240 mata.

Seorang lagi atlet muda, Tan Chui Yu tidak kurang hebatnya apabila memenangi perak acara nanquan remaja selepas mengumpul 9.726 mata.

Secara keseluruhan, hari pembukaan kejohanan ini menyaksikan Malaysia berjaya membawa pulang satu emas, tiga perak dan dua gangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN