MUHAMMAD SAW ialah Rasul yang diutuskan kepada seluruh alam. Ketokohan Baginda mengajak kaum jahil pada suatu ketika dahulu mentauhidkan Allah SWT adalah perkara yang wajib diyakini seluruh umat Islam. Sejarah merakamkan bagaimana Rasulullah SAW berdepan pelbagai tohmahan, disakiti, diperangi malah cuba disisihkan ketika menyampaikan risalah Islam kepada kaum yang begitu kuat berpegang pada ajaran syirik di zaman jahiliah. Pendakwah, Ustaz Zakaria Mohamad yang berkongsi pandangan berkait sambutan maulidur Rasul dan…