Bengang sikap jiran pelihara kucing
SOALAN
Saya ingin dapatkan penjelasan berkenaan sikap jiran yang tidak menghormati jiran lain. Dia memelihara kucing tapi tidak menjaganya hingga menimbulkan kemarahan jiran sekeliling. Sudah ditegur tapi masih bersikap tidak kisah. Saya mohon nasihat ustaz.
Ghani
Bangi
JAWAPAN
Kaedah asas dalam berjiran adalah hormat menghormati dan tidak melakukan apa-apa kemudaratan kepada jiran lain. Nasihatlah dengan baik dan saling memaafkan. Mungkin boleh guna khidmat ketua kampung atau taman untuk selesaikan masalah ini dengan cara baik tanpa bermasam muka.
Hukum buat kebun sesuka hati
SOALAN
Di taman perumahan saya melihat ramai yang menanam tanaman di kawasan tanah kosong.Bolehkah berbuat demikian dan apa hukumnya daripada segi syarak?
Hafiz
Senai
JAWAPAN
Tanah tanah kosong tidak dimiliki oleh mana-mana penduduk kerana ia di bawah kawalan majlis perbandaran atau pemaju. Maka tidak ada hak untuk menanam tanpa keizinan pihak berkuasa.
Sah solat tanpa alas tempat sujud
SOALAN
Saya ingin tahu apa hukum solat tanpa ada alas pada tempat sujud?
Hakim
Serdang
JAWAPAN
Hukum bersolat tanpa alas adalah sah selagi mana tempat itu bersih.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]