Alfred tarik diri 200m akibat kecederaan hamstring

Alfred tarik diri 200m akibat kecederaan hamstring

Julien Alfred dari Saint Lucia (kiri), Melissa Jefferson dari Amerika Syarikat (AS), Shericka Jackson dari Jamaica bersaing dalam 100m akhir wanita semasa Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Juara Olimpik Paris 2024, Julien Alfred terpaksa menarik diri daripada acara 200 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Dunia selepas disahkan mengalami kecederaan hamstring, semalam.

Atlet dari Saint Lucia itu mengesahkan dia terpaksa berehat selepas tamat saingan 100m yang mana dia sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Alfred sebelum ini meraih emas 100m dan perak 200m pada Sukan Olimpik Paris tahun lalu, sekali gus meletakkannya sebagai salah seorang bintang pecut wanita paling menyerlah.

Ejen peribadinya, Henry Rolle berkata Alfred disahkan mengalami kecederaan hamstring tahap satu yang memaksa dia menarik diri daripada aksi saringan 200m Rabu ini.

“Kami tidak akan sekali-kali meletakkan dia dalam situasi yang boleh menambah parah kecederaan. Jadi musim ini sudah pun berakhir, dan Alfred akan segera memulakan proses pemulihan.

“Kami kini menantikan 2026 sebagai tahun kebangkitan semula,” kata Rolle.

Alfred, 24, sebelum ini mencatat rekod musim terbaik dunia dengan 21.71 saat (s) di London pada Julai lalu yang dianggap sebagai pencabar utama emas di Tokyo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN