Alex sedia gegar GP San Marino

Alex sedia gegar GP San Marino

Alex Marquez sedia beri saingan di perlumbaan MotoGP San Marino pada Ahad ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MISANO: Pelumba Gresini, Alex Marquez mengakui dia akan berdepan skrip yang berbeza di Grand Prix (GP) San Marino pada Ahad ini selepas melakar kemenangan di Barcelona minggu lalu.

Alex merangkul dua kejuaraan musim ini dan menjadi satu-satunya pelumba selain abangnya yang mendahului kejuaraan, Marc Marquez memenangi lebih daripada satu perlumbaan.

Pelumba berusia 29 tahun itu berkata, kemenangan di Catalunya membuatkan tahap keyakinannya berada di tahap tertinggi memandangkan keputusan terbaiknya di Misano setakat ini adalah di tempat keenam yang dilakukannya pada musim lalu.

“Keputusan di Barcelona sangat penting untuk kami, terutama pada masa itu dalam kejuaraan di mana kami sedikit bergelut dalam beberapa perlumbaan terakhir, khususnya dari segi keputusan.

“Perlumbaan yang pelumba perlukan apabila keyakinan tidak berada pada tahap 100 peratus untuk memberikan anda semangat, motivasi untuk terus maju.

“Penting untuk tiba di San Marino dengan semangat itu kerana kami tahu ia akan jadi cerita berbeza dan pastinya tidak mudah. Ini adalah satu lagi litar di mana saya biasanya bergelut.

“Tetapi kami akan cuba yang terbaik, kami datang ke sini dengan keyakinan dan akan cuba beri yang terbaik sekali lagi,” katanya dalam sidang media pra perlumbaan di Misano, kelmarin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN