Alcaraz tenang atasi kecederaan

Alcaraz tenang atasi kecederaan

Carlos Alcaraz. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Carlos Alcaraz mengetepikan kebimbangan kecederaan buku lali apabila menewaskan pemain Belgium, Zizou Bergs 6-4, 6-3 untuk mara ke suku akhir Terbuka Jepun hari ini.

Pemain No.1 dunia itu sebelum ini mencetuskan kerisauan selepas tersungkur dalam perlawanan pembukaan dua hari lalu dengan buku lali berbalut ketat.

Namun bintang Sepanyol berusia 22 tahun itu langsung tidak menunjukkan tanda kesakitan ketika menundukkan pemain ranking ke-45 dunia di hadapan penonton Jepun yang teruja.

Perlawanan berlangsung selama sejam 20 minit dan Alcaraz kini bakal berdepan wakil Amerika Syarikat, Brandon Nakashima pada pusingan seterusnya esok.

Alcaraz yang pertama kali beraksi di Tokyo tampil dengan balutan putih di buku lali kiri tetapi tetap cergas mengawal rentak permainan.

Dia sempat terhincut sebentar ketika mengejar bola di set pertama namun bangkit semula untuk meraih kemenangan set pembukaan biarpun servisnya dua kali dipatahkan.

Alcaraz semakin garang di set kedua dengan deretan pukulan kencang sekali gus memaksa Bergs bekerja keras sebelum tunduk juga.

Dalam pada itu, Holger Rune dari Denmark turut mara selepas menewaskan pemain kelayakan Amerika Syarikat (AS), Ethan Quinn 6-4, 6-2. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN