KUALA TERENGGANU: Seorang mudir sebuah pondok di Tumpat, Kelantan yang dikenali sebagai Abuya sekali lagi direman selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz di Batu Rakit, di sini, tujuh bulan lalu. Suspek berusia 46 tahun itu ditahan ketika berada di pekarangan sebuah madrasah di Wakaf Bharu, Tumpat pada pukul 7.30 petang semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati suspek…