199 mangsa banjir ditempatkan di PPS Kekal Selagon, Beaufort - Utusan Malaysia

199 mangsa banjir ditempatkan di PPS Kekal Selagon, Beaufort

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT: Seramai 199 mangsa banjir daripada 64 keluarga kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kekal Selagon di sini selepas beberapa kampung di sini dinaiki air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas berkata, jumlah itu meningkat berbanding seramai 21 mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan tersebut semalam.

“Setakat pukul 3.56 petang ini, seramai 199 mangsa daripada 64 keluarga masih berada di PPS manakala empat mangsa daripada satu keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Suasa, Bakalau, Bangkalalak, Mentulud, Lubak, Padas Valley, Bingkul dan Pintas.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan mangsa yang direkodkan sejak PPS dibuka pada 9 September lalu adalah seramai 208 orang daripada 65 keluarga.

Paras air Sungai Padas Beaufort masih berada pada paras bahaya, menyebabkan pihak berkuasa terus memantau keadaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini