Vingegaard rampas jersi merah di Vuelta

Vingegaard rampas jersi merah di Vuelta

Penunggang Visma-Lease, Jonas Vingegaard (kanan) meraikan kemenangan ketika dia melintasi garisan penamat di hadapan pelumba Team Lidl-Trek, Giulio Ciccone (kiri) semasa peringkat kedua Vuelta a Espana, sejauh 159.6km antara Alba dan Limone Piemonte, di Itali, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMONE PIEMONTE: Jonas Vingegaard muncul juara peringkat kedua Vuelta a Espana selepas menawan pendakian sejauh 10 kilometer (km) di Limone, Itali dalam cuaca sejuk dan hujan, sekali gus merampas jersi merah selaku pendahulu keseluruhan awal pagi tadi.

Pelumba Denmark itu mengetepikan cabaran Giulio Ciccone yang mengekori rapat di garisan penamat manakala cubaan awal Tom Pidcock dipintas pada 100 meter (m) terakhir.

“Sangat gembira dengan prestasi saya dan juga pasukan hari ini, tambahan pula dapat jersi merah.

“Saya hanya ikut roda dia dan sejujurnya sebelum selekoh saya tak fikir boleh pintas, tapi akhirnya berjaya,” kata Vingegaard.

Kemenangan itu mengangkat Vingegaard ke tangga teratas dengan kelebihan empat saat (s) mengatasi Ciccone, sementara David Gaudu, Egan Bernal dan Pidcock melengkapkan lima teratas.

Insiden jatuh di kaki pendakian terakhir turut melibatkan Vingegaard, namun dia bernasib baik tidak cedera serius.

“Saya jatuh agak kuat, tetapi mujur cuma lebam. Jalan licin jadi saya lebih banyak meluncur, tidak alami luka teruk,” ujarnya.

Peringkat ketiga hari ini menyajikan cabaran 134.6km ke Ceres di Pergunungan Graian Alps dengan pendakian berliku menanti peloton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN