Vinales ingatkan diri pernah tewaskan Rossi, Lorenzo

Vinales ingatkan diri pernah tewaskan Rossi, Lorenzo

MAVERICK Vinales. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Maverick Vinales mengakui perlu mengingatkan dirinya bahawa dia pernah menewaskan legenda MotoGP seperti Valentino Rossi, Jorge Lorenzo dan Dani Pedrosa bagi mengekalkan motivasi di sebalik prestasi hambar musim ini

Pelumba Sepanyol itu pernah digelar bakal juara dunia selepas mencipta impak pantas bersama Yamaha pada 2017 dengan memenangi dua perlumbaan pembukaan di Qatar dan Argentina.

Ketika empat musim penuh bergelar rakan sepasukan Rossi, Vinales tiga kali mengatasi kutipan mata juara dunia tujuh kali itu sebelum menamatkan saingan di tempat ketiga keseluruhan pada 2017 dan 2019.

Namun, kariernya bersama Yamaha berakhir secara mengejut pada pertengahan musim 2021 selepas dituduh sengaja merosakkan enjin ketika Grand Prix Styria.

“Kadang-kadang saya perlu ingatkan diri sendiri bahawa saya pernah mengalahkan Rossi, Jorge Lorenzo, Dani Pedrosa. Saya tidak merujuk kepada detik sukar. Jelas sekali setiap tempoh dalam kerjaya ada positif dan negatifnya.

“Sudah lama saya tidak dapat bertarung di puncak secara konsisten tetapi, pada masa lalu, saya mampu melakukannya. Terdapat banyak sebab di sebalik ini. Dari pakej, kepada daya saing orang lain.

“Jadi itulah sebabnya saya ingin mengingatkan diri saya tentang siapa yang saya lawan, untuk memotivasikan diri saya dan untuk terus percaya dengan apa yang saya lakukan,” kata Vinales.

Selepas beralih ke Aprilia dan kembali meraih kemenangan tahun lalu, Vinales kini bersama KTM tetapi masih bergelut di kelompok pertengahan walaupun cepat menyesuaikan diri dengan jentera RC16.

Jelasnya, saingan sengit serta faktor pakej jentera menjadi sebab mengapa dia belum mampu konsisten di kedudukan teratas, namun kenangan menewaskan nama-nama besar kekal menjadi pembakar semangatnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN