PETALING JAYA: Kerajaan disaran menilai semula keutamaan peruntukan supaya aspek keselamatan pelajar diberi perhatian utama berbanding perbelanjaan simbolik seperti pembekalan lencana Jalur Gemilang. Ini susulan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengumumkan peruntukan RM8.4 juta bagi penyediaan lencana tersebut manakala hanya RM3 juta diperuntukkan untuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berasrama terpilih. Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol berkata, beliau menghormati usaha membentuk identiti pelajar melalui simbolik seperti lencana,…