PETALING JAYA: Kemerosotan prestasi pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli sejak kebelakangan ini agak membimbangkan selepas kedudukan teratas miliknya kini dirampas pelumba Sepanyol, Brian Uriarte pada pusingan keenam Piala RedBull MotoGP Rookies di Litar Spielberg, Austria, hari ini. Hakim Danish bukan sahaja disingkirkan Uriarte, tetapi juga pelumba Indonesia, Veda Pratama yang kini menghuni tangga kedua, manakala, anak jati Terengganu itu jatuh ke tempat ketiga. Dalam dua perlumbaan di Litar Spielberg,…