United beli Sesko dengan harga RM419 juta

United beli Sesko dengan harga RM419 juta

Penyerang RB Leipzig, Benjamin Sesko mengawal bola semasa perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara UEFA antara RB Leipzig dan Juventus FC di Arena Red Bull di Leipzig, Jerman, Oktober lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United menyempurnakan perpindahan penyerang sensasi Slovenia, Benjamin Sesko dari RB Leipzig dengan nilai keseluruhan mencecah 85 juta Euro (RM419 juta).

Menurut laporan BBC, The Athletic dan Sky Sports, The Red Devils akan membayar 76.5 juta Euro (RM377 juta) secara tunai dan tambahan €8.5 juta (RM41 juta) bergantung kepada pencapaian Sesko.

“Sesko terpesona dengan sejarah besar United dan mahu menjadi sebahagian daripada kebangkitan kelab itu.

“Dia menolak tawaran Newcastle walaupun berpeluang menggantikan Alexander Isak yang menjadi buruan Liverpool,” lapor The Athletic.

Kehadiran pemain berusia 22 tahun itu dijangka menambah bisa jentera serangan United yang hanya menjaringkan 44 gol musim lalu.

Rombakan besar-besaran turut menyaksikan dua penyerang lain, Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo dibawa masuk lebih awal jendela perpindahan ini.

Sesko mencuri perhatian selepas meledak 21 gol musim lalu, menjadikan jumlah keseluruhan jaringannya bersama Leipzig sebanyak 39 dalam 87 penampilan.

Gabungan tiga penyerang baharu ini telah menyumbang 58 gol musim lalu dan United perlu segera menuai hasil pelaburan demi mematuhi peraturan kewangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN