PETALING JAYA: Kerajaan menyasarkan 1.2 juta peluang pekerjaan baharu termasuk 700,000 dalam sektor pembuatan dan 500,000 dalam ekonomi digital selaras usaha memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak 95.6 peratus graduan TVET kini berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan dengan 212,000 kemasukan baharu direkodkan pada tahun lalu. Katanya, usaha itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan TVET terus relevan…