TSG tunjuk belang di Turkiye

TSG tunjuk belang di Turkiye

Terengganu Cycling Team (TSG) kini menjadi sandaran harapan negara apabila turun beraksi pada LTdL 2025, yang bakal berlangsung dari 28 September hingga 5 Oktober depan. - IHSAN TSG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terengganu Cycling Team (TSG) membuktikan mereka berada pada prestasi terbaik menjelang saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) apabila mendominasi Tour of Route Salvation di Turkiye, semalam.

Pelumba Denmark, Mathias Bregnhoj menjuarai keseluruhan kategori individu selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan 11 jam 55 minit 55 saat (s), hasil kemenangan di peringkat pertama dan kedua.

Bregnhoj turut menggenggam jersi raja pecut dengan 12 mata, diikuti rakan sepasukan, Wan Abdul Rahman Hamdan atau lebih dikenali sebagai Achik, di tempat kedua dengan sembilan mata.

“Ia satu minggu yang cukup luar biasa buat kami. Adne dan Anatolii bekerja keras setiap hari untuk memastikan kejayaan ini.

“Achik juga cemerlang dengan kemenangan keduanya di Eropah, jadi kami semua boleh berbangga dengan prestasi pasukan,” kata Bregnhoj.

Achik yang memenangi peringkat ketiga, sekali gus meraih kemenangan keduanya di bumi Eropah musim ini, tampil sebagai watak penting dalam kejayaan TSG.

Kejayaan itu dilengkapkan dengan kemenangan TSG dalam kategori berpasukan dengan catatan 35 jam 47 minit 36 saat.

Pelumba Afrika Selatan, Stefan de Bod turut menyerlah apabila menamatkan saingan di tempat ketiga keseluruhan, hanya 15 saat ketinggalan di belakang pemenang tempat kedua, Rein Taaramae (Kinan Racing).

Turut beraksi untuk TSG ialah Anatolii Budiak (Ukraine), Adne van Engelen (Belanda) serta pelumba kebangsaan, Mohd Nur Aiman Rosli.

TSG kini menjadi sandaran harapan negara apabila turun beraksi pada LTdL 2025, yang bakal berlangsung dari 28 September hingga 5 Oktober ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN