Tang Jie-Ee Wei bangkit garang ke suku akhir

Tang Jie-Ee Wei bangkit garang ke suku akhir

Pemain Malaysia Chen Tang Jie (kiri) dan Toh Ee Wei (kanan) mengembalikan bola kepada pemain Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu semasa perlawanan beregu campuran di Kejohanan Badminton Dunia di Arena Adidas, Paris hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia 2025 selepas menewaskan wakil Indonesia di Arena Adidas, Paris, sebentar tadi.

Pasangan ranking keempat dunia itu bermula goyah apabila tewas set pertama 14-21 kepada Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu.

Namun, Tang Jie-Ee Wei segera bangkit memperkemaskan aksi untuk merampas set kedua dengan kemenangan sengit 21-19.

Momentum terus memihak gandingan negara apabila mereka mengesahkan tiket lapan terbaik selepas menamatkan set penentuan 21-17.

Kejayaan itu sekali gus melanjutkan rekod kemenangan Tang Jie-Ee Wei ke atas beregu Indonesia tersebut kepada 3-0.

Beregu negara kini menanti cabaran gandingan India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto di suku akhir, esok.

Lebih manis, ianya hadir selepas pasangan muda negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin turut mencipta kejutan menyingkirkan gandingan pilihan keenam yang juga rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Namun, cabaran getir menanti Pang Ron-Su Yin apabila dijadualkan menentang pilihan kedua kejohanan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada pertemuan lapan terakhir, esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN