Swiatek juarai Terbuka Cincinnati

Swiatek juarai Terbuka Cincinnati

IGA SWIATEK - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CINCINNATI: Bintang tenis No. 3 dunia, Iga Swiatek melengkapkan satu lagi perjalanan kariernya apabila menjuarai Terbuka Cincinnati buat kali pertama selepas menewaskan Jasmine Paolini 7-5, 6-4, hari ini.

Juara Grand Slam enam kali itu meraih kejuaraan ke-11 dalam kejohanan WTA 1000, menghampiri rekod sepanjang zaman sebanyak 13 gelaran yang dipegang oleh Serena Williams. Swiatek memenangi kejohanan Cincinnati tanpa tewas satu set pun.

Pemain berusia 24 tahun itu mengukuhkan lagi kejayaannya selepas memenangi Wimbledon dengan membawa pulang kejuaraan di Midwest, dan kini menuju ke Grand Slam terakhir musim ini di Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan keyakinan tinggi selepas meraih gelaran ke-24 dalam kerjayanya.

Swiatek kini ketinggalan 500 mata di belakang pemain No. 1 dunia, Aryna Sabalenka dengan kedudukan teratas ranking dijangka menjadi rebutan di Terbuka AS yang akan bermula Ahad ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN