PETALING JAYA: Kerajaan diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam menggubal dasar berkaitan subsidi petrol RON95 dengan mengambil kira perbezaan kos sara hidup di setiap kawasan. Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, kerajaan tidak boleh mengulangi kesilapan membuat penilaian secara umum sehingga akhirnya membebankan golongan kelas menengah bandar yang sudah terhimpit dengan kos sara hidup tinggi. “Langkah kerajaan menilai kelayakan subsidi bukan hanya berdasarkan pendapatan…