Son Yi Jin jawab tuduhan layanan dingin kepada pelakon cilik - Utusan Malaysia

Son Yi Jin jawab tuduhan layanan dingin kepada pelakon cilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon, Son Yi Jin, tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan dia bersikap dingin terhadap pelakon cilik, Choi So Yul di set penggambaran filem terbaharunya, Because It’s Inevitable.

Menurut Yi Jin, dakwaan tersebut berpunca salah faham netizen yang tidak mengetahui situasi sebenar ketika sesi penggambaran berkenaan.

“So Yul bertanya banyak soalan di set penggambaran. Tapi saya tidak berpeluang melayan semua pertanyaannya kerana saya perlu fokus terhadap dialog saya dan arahan pengarah,” katanya kepada media tempatan.

Yi Jin menerima kritikan selepas pelakon, Lee Byung Hun, pada sidang akhbar baru-baru ini, berkongsi cerita mengenai aktres tersebut yang ibarat endah tak endah terhadap pertanyaan-pertanyaan So Yul ketika penggambaran filem itu.

Namun, perkongsian Byung Hun itu mengundang salah faham netizen yang terus melabel Yi Jin sebagai sombong.

Dalam pada itu, ibu kepada So Yul tampil juga membuka mulut selepas perkara itu tular di media sosial.

“Saya terkejut dengan penerimaan netizen. Yi Jin sebenarnya sangat baik hati dan mesra di set penggambaran.

“Dan cerita yang dikongsikan Byung Hun hanyalah gurauan semata-mata. Saya tak faham kenapa ia diperbesarkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN