Swiatek lebur rekod Seles

Swiatek lebur rekod Seles

Pemain tenis Poland, Iga Swiatek membalas pukulan lawannya dari Columbia, Emiliana Arango dalam pusingan pertama tenis Terbuka Amerika Syarikat di gelanggang USTA Billie Jean King, New York City, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Juara Wimbledon, Iga Swiatek terus membuktikan statusnya sebagai bintang tenis wanita paling konsisten apabila mudah menyingkirkan wakil Colombia, Emiliana Arango 6-1, 6-2 pada pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat (AS), semalam.

Aksi di gelanggang Arthur Ashe itu hanya mengambil masa sejam, menyaksikan bintang Poland berusia 23 tahun itu mendominasi hampir keseluruhan permainan dengan memenangi 23 daripada 26 mata servis pertama serta menghasilkan 26 pukulan kemenangan berbanding hanya lima milik Arango.

Lebih manis, juara Grand Slam enam kali itu tidak langsung berdepan sebarang ‘break point’, sekali gus menambah koleksi statistik luar biasa dalam kerjayanya.

“Ia perasaan yang hebat. Perlawanan pertama selalunya sukar untuk dapatkan rentak, tetapi kali ini saya rasa mantap,” katanya.

Kemenangan itu turut menyaksikan Swiatek memadam rekod era Terbuka yang sebelum ini dipegang Monica Seles, apabila mencatat 65 kemenangan berturut-turut dalam aksi pembukaan kejohanan peringkat jelajah.

Sejak WTA Finals 2021, dia belum pernah tewas pada pusingan pertama. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN