Son mula cipta 'gegaran' di LA sebelum diumum rasmi

Son mula cipta ‘gegaran’ di LA sebelum diumum rasmi

Penyokong pemain bola sepak Korea Selatan Son Heung-min menunggu ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX) di Los Angeles, California, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Kehadiran Son Heung-min ke Amerika Syarikat belum diumumkan secara rasmi, namun penyokong sudah mula berkampung di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX).

Bintang Korea Selatan itu dilaporkan akan menyertai Los Angeles FC (LAFC) selepas meninggalkan Tottenham Hotspur hujung minggu lalu.

Menurut laporan ESPN dan The Athletic, Son bakal mencipta rekod perpindahan Major League Soccer (MLS) dengan yuran sebanyak AS$26 juta (RM110 juta).

LAFC telah mengumumkan satu sidang akhbar khas akan diadakan jam 2 petang waktu tempatan hari ini, dipercayai bagi memperkenalkan pemain berusia 33 tahun itu.

Sebanyak 40 penyokong setia sudah menanti ketibaan Son di LAX sebaik berita tentang perjalanannya tersebar sejak Selasa.

“Saya sanggup bangun jam lima atau enam pagi semata-mata mahu menonton dia beraksi di England.

“Dia akan ubah segala-galanya di sini; saya dan ayah yang dulu tak pernah minat MLS, kini sudah terpikat,” kata Jun Kwon, penyokong berusia 19 tahun.

Jun Kwon turut hadir mengenakan jersi LAFC berwarna hitam emas dengan nama Son yang baru dibelinya pagi Selasa.

Sepanjang sedekad bersama Spurs, Son menjaringkan 173 gol dalam 454 perlawanan dan menjadi kapten pasukan kebangsaan Korea Selatan.

Di LAFC, Son akan menggantikan Olivier Giroud yang berpindah ke Lille Julai lalu dan bakal berganding semula dengan bekas rakan sepasukan di Spurs, Hugo Lloris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN