Son ledak gol pertama bersama LAFC

Son ledak gol pertama bersama LAFC

BINTANG Korea Selatan, Son Heung-min (dua dari kiri) meraikan kejayaannya menjaringkan gol bersama rakan sepasukan di Stadium Toyota semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bintang Korea Selatan, Son Heung-min membuka akaun gol bersama Los Angeles FC (LAFC) ketika membantu pasukannya mencatat keputusan 1-1 menentang FC Dalas dalam aksi Liga Bola Sepak Utama (MLS).

Son bekas kapten Tottenham menyertai LAFC dengan rekod perpindahan berjumlah AS$26 juta (RM109 juta) membuat penampilan ketiganya dengan dua daripadanya diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Saya gembira kerana berjaya menjaringkan gol pertama dalam MLS dan juga untuk LAFC tetapi bagi saya, perkara paling penting ialah mendapatkan tiga mata. Saya benar-benar kecewa kerana itu,” katanya.

Son tidak menunggu lama untuk memberi impak kepada pasukan apabila gol pertamanya hadir seminggu selepas dia mencipta bantuan gol ketika menewaskan New England Revolution 2-0.

“Saya masih perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan. Baru dua minggu, mungkin lebih sedikit tetapi saya menikmati setiap detik,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN