SPRM bangunkan sistem cegah kebocoran maklumat perolehan kerajaan - Utusan Malaysia

SPRM bangunkan sistem cegah kebocoran maklumat perolehan kerajaan

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Satu sistem mencegah kebocoran maklumat melibatkan perolehan kerajaan kini sedang dibangunkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkat, kebanyakkan kes SPRM membabitkan perolehan kerajaan adalah disebabkan ada unsur-unsur yang melanggar garis panduan yang telah diberikan.

Oleh itu, katanya, diharapkan sistem berkenaan dapat membantu menangani masalah yang dihadapi.

“Sistem ini akan diberikan secara percuma kepada mana-mana agensi kerajaan yang ingin mengguna pakai sistem tersebut apabila berjaya dibangunkan sepenuhnya kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara SPRM dan Kementerian Kerja Raya di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, nota kerjasama yang diterajui oleh Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM itu merupakan manifestasi iltizam berterusan antara SPRM dan KKR.

“Ia bagi memperkukuh integriti, meningkatkan tatakelola serta membanteras rasuah, salah guna kuasa secara lebih strategik dan konsisten.

“Kami komited menjadi rakan strategik kepada kementerian dan agensi kerajaan dalam memastikan setiap projek pembangunan negara dilaksanakan dengan penuh amanah, ketelusan dan berakauntabiliti,” jelasnya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN