SYDNEY: Juara Olimpik, Sifan Hassan menobatkan diri selaku juara sulung Maraton Sydney dalam Siri Maraton Utama Dunia dengan catatan rekod baharu 2 jam 18 minit 22 saat (s).
Atlet berusia 32 tahun itu mengetepikan cabaran bekas pemegang rekod dunia, Brigid Kosgei dari Kenya yang menamatkan saingan di tempat kedua.
“Saya menolak terlalu kuat dan hampir tersilap strategi, saya sudah habis tenaga di 10 kilometer terakhir.
“Sungguh menakjubkan, saya sangat bersyukur kerana menang dengan rekod baharu, ini sejarah dan saya pemenang pertama Maraton Sydney,” kata Sifan.
Dalam kategori lelaki, pelari Ethiopia, Hailemaryam Kiros turut mencatat kemenangan bergaya apabila menamatkan saingan dengan masa 2:06.06s
Kiros melakukan pecutan berbaki satu kilometer untuk mengatasi rakan senegara muda, Addisu Gobena sekali gus mengesahkan gelaran juara.
“Ya, saya memang menjangka mampu pecah rekod kerana persiapan saya kali ini benar-benar rapi. – AGENSI