Savithri bakal dapat semula pingat selepas 54 tahun

Savithri bakal dapat semula pingat selepas 54 tahun

P. Savithri menunjukkan kerata akhbar ketika dia cuba mendapatkan semula pingatnya. - Ihsan MA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Legenda olahraga negara, P. Savithri bakal menerima tempahan replika rasmi pingat dan sijil Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) 1971 selepas pingat yang asal telah dihilangkan oleh kakitangan Olahraga Malaysia (MA) 54 tahun yang lalu.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung MA, Norhayati Karim berkata, badan induk tersebut  mendapatkan kerjasama daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi mendapatkan pingat tersebut menerusi tiga langkah segera.

SETIAUSAHA Agung Olahraga Malaysia, Norhayati Karim (kanan) dilihat berbuat bersama P. Savithri di kediaman legenda olahraga negara itu. – Ihsan MA

Langkah tersebut meliputi tempahan replika rasmi pingat dan sijil Sukan SEAP 1971, penganjuran sebuah majlis penyampaian formal bakal diadakan dan kajian semula dasar melibatkan penjagaan dan pengurusan memorabilia atlet.

“Kami memohon maaf kepada Savithri di atas kekecewaan dan tekanan yang dialami akibat kehilangan pingatnya yang wajar diperolehi selama ini.

“Isu timbul apabila pingat tersebut dipinjam oleh seorang bekas pihak pentadbir pada masa itu untuk tujuan pameran atau dokumentasi dan tidak pernah dipulangkan.

“Ini merupakan satu lambang kecuaian dan juga pecah amanah yang mana kami mengambil tanggungjawab penuh,” katanya.

Savithri merupakan pemenang pingat emas dalam acara pentathlon dan perak bagi 100 meter (m) berpagar ketika Kuala Lumpur menganjurkannya, namun segala usahanya untuk mendapatkan kembali pingatnya gagal.

Norhayati berkata, MA turut mengadakan lawatan dan menyampaikan permohonan maaf secara peribadi kepada Savithri malah turut membincangkan cara terbaik untuk menghargai sumbangannya kepada sukan olahraga negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN