Rooth terlepas kejohanan dunia akibat kecederaan

Rooth terlepas kejohanan dunia akibat kecederaan

MARKUS ROOTH - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NORWAY: Juara dekatlon Olimpik, Markus Rooth, berdepan tamparan hebat apabila disahkan tidak dapat beraksi pada Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo, September ini selepas mengalami kecederaan serius ketika latihan.

Atlet Norway berusia 23 tahun itu mencipta sensasi di Sukan Olimpik Paris tahun lalu apabila mengejutkan nama-nama besar acara dekatlon, sekali gus menghadiahkan negaranya emas pertama dalam sejarah disiplin berbilang acara tersebut.

Namun, impian Rooth untuk mengulangi kecemerlangan di pentas dunia kini musnah selepas terjatuh di luar tikar lompat bergalah ketika sesi latihan pada Ahad lalu.

Insiden malang itu menyebabkan kedua-dua lutut serta sikunya cedera parah dan dia dijangka berehat sekurang-kurangnya empat bulan selepas menjalani pembedahan.

“Saya segera tahu kecederaan ini cukup serius sehingga saya terpaksa melupakan Kejohanan Dunia,” katanya kepada media Norway.

Ketiadaan Rooth dijangka meninggalkan kesan besar kepada saingan dekatlon di Kejohanan Olahraga Dunia, yang akan berlangsung di Tokyo dari 13 hingga 21 September depan. 

Rooth merupakan  antara pilihan utama mempertahankan reputasi selepas kejayaan bersejarahnya  di Paris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN