Pusat pengajian agama khusus untuk warga emas perlu diperbanyakkan bagi menyediakan ruang kepada golongan berusia mendalami ilmu fardu ain dan memperbaiki ibadah pada penghujung hayat mereka. Menurut Mudir Pondok Ilmu Seri Mahkota, Mohd. Khairul Hafizan Ne’ Mat, 35, pembinaan institusi tahfiz untuk kanak-kanak kini tumbuh bak cendawan selepas hujan, namun pusat pengajian warga emas masih terlalu terhad. “Di Kuantan, pondok tahfiz ada banyak, tetapi pusat pengajian untuk orang tua boleh…










