PARLIMEN: Video hasutan keluarkan simpanan TH disiasat

PARLIMEN: Video hasutan keluarkan simpanan TH disiasat

MOHD. NA’IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memandang serius penyebaran beberapa video di media sosial yang menghasut umat Islam supaya mengeluarkan simpanan daripada Lembaga Tabung Haji (TH) kerana tindakan itu boleh menjejaskan kestabilan institusi berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, aduan dan laporan terhadap kandungan video tersebut telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Hasutan seperti ini tidak membawa sebarang manfaat kepada usaha mempertahankan TH. Kerajaan telah meneliti perkara ini dan tindakan sewajarnya diambil termasuk membuat laporan kepada MCMC serta polis. 

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara adil,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (BN-Tampin) yang meminta penjelasan mengenai usaha kerajaan mengekang cubaan membina naratif palsu serta dakwaan jahat terhadap TH di pelbagai platform media sosial.

Mohd. Na’im berkata, TH bersama agensi agama seperti TV AlHijrah juga akan melaksanakan kempen penerangan serta penjelasan secara terperinci bagi memberikan kefahaman jelas kepada rakyat mengenai isu yang melibatkan institusi itu.

“TH merupakan institusi penting bagi umat Islam di negara ini dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memelihara serta mempertahankannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×