KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti keperluan menggubal Rang Undang-Undang baharu bagi melindungi pembeli premis komersial seperti kedai yang ketika ini tidak termasuk dalam perlindungan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118). Menterinya, Nga Kor Ming berkata, langkah itu penting bagi memastikan pembeli kedai turut mendapat jaminan undang-undang seperti pembeli rumah yang dilindungi di bawah Akta 118. “Isu pertama yang dibangkitkan ialah mengenai pemilik…